Blizzard telah mengumumkan selepas tidak dianjurkan tiga tahun lepas, Overwatch World Cup akan kembali tahun depan. Pusingan kelayakan akan berlangsung pada bulan Jun yang akan melibatkan 36 negara.

Negara-negara akan diumumkan pada bulan Januari kelak termasuk juga pendaftaran untuk menjadi komiti bagi setiap negara. Pada bulan Februari, kejohanan akan dianjurkan untuk merebut tempat bagi mewakili negara dan komiti juga akan diumumkan.

Pada bulan Mac, komiti setiap negara akan menganjurkan kejohanan untuk memilih pemain yang akan mewakili negara masing-masing, menyertai pemain yang terpilih ketika kejohanan pada bulan Februari.

Selepas pusingan kelayakan pada bulan Jun, 16 negara terbaik akan memasuki Peringkat Kumpulan dan akan bertanding secara LAN. Ia akan berlaku pada akhir tahun 2023 diikuti dengan 8 negara terbaik untuk Peringkat Akhir.

Sohor Kini