GCL melalui studio penerbitan mereka 4Divinity telah mengumumkan yang akan menerbitkan permainan oleh Mundfish iaitu Atomic Heart di Asia Tenggara, di mana mereka akan bertanggungjawab untuk membawa versi fizikal bagi PlayStation 4 dan juga PlayStation 5.

Atomic Heart adalah permainan FPS berdasarkan sejarah alternatif dengan Soviet sedang menguasai dunia di mana ia kelihatan seperti satu utopia dan manusia juga hidup bersama dengan robot, akan tetapi mempunyai misteri tersendiri.

Atomic Heart akan ditawarkan dengan harga bermula RM189 di Steam, dan RM299 untuk PlayStation Store manakala versi fizikal ia akan ditawarkan dengan harga bermula RM319. Atomic Heart juga akan ditawarkan di dalam Xbox Game Pass.

Selain itu, GCL juga mengumumkan penyediaan danan 4Divinity Games Fund iaitu mereka menyediakan $3.7 juta untuk menyokong pembangunan dan juga penerbitan permainan bagi platform PC dan juga konsol di Asia Tenggara.

Sohor Kini