NetEase Games dan pembangun 24 Entertainment telah mengumumkan mereka akan mempekenalkan hero baharu untuk Naraka: Bladepoint iaitu Feria Shen yang akan menjadi hero ke-13 untuk permainan ini.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Selain itu mereka juga mengumumkan yang Naraka: Bladepoint akan turut dikeluarkan untuk Xbox One selepas dikeluarkan untuk Xbox Series pada bulan Jun lepas. Ia juga telah dilancarkan untuk PC dan akan tiba untuk PlayStation 5.

Hero baharu dan juga versi Xbox One ini akan dikeluarkan pada 22 Disember 2022, ia juga disertakan di dalam Xbox Game Pass.

Sohor Kini