Kojima Productions telah mengumumkan akan bekerjasama dengan Hammerstone Studio iaitu studio yang ditubuhkan oleh Alex Lebovici yang merupakan Penerbit Eksekutif untuk Barbarian untuk hadir dengan filem aksi nyata berdasarkan permainan Death Stranding.

Buat masa ini plot penceritaan dan juga penulis masih tidak diumumkan, namun ia mungkin akan menyertakan watak baharu berbanding menggunakan watak daripada permainan video. Deadline juga mengatakan yang pembangunan untuk filem ini sedang dipercepatkan.

Kojima Productions sebelum ini telah menubuhkan cawangan di Amerika Syarikat yang memfokuskan TV, filem dan muzik dan mereka akan terlibat dengan filem ini, melalui Allan Ungar sebagai Penerbit Eksekutif.

Mereka juga sebelum ini telah mengumumkan permainan susulan untuk Death Stranding yang akan dibangunkan untuk PlayStation 5.

Sohor Kini