Skip to main content

The Pokemon Company telah mengumumkan yang mereka akan menyiarkan 11 episod terakhir untuk siri animasi Pokemon yang menggunakan Ash dan Pikachu sebagai watak utama.

Episod tersebut akan mula disiarkan pada 13 Januari. Ini akan meneruskan penceritaan selepas Ash akhirnya memenangi kejuaraan selepas 25 tahun siri Pokemon bermula.

Mereka juga telah mengumumkan yang musim baharu untuk siri ini akan berlaku di benua Paldea dari Pokemon Scarlet dan Violet dengan Liko dan Roy adalah watak utama baharu.

Leave a Reply