Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan di dalam katalog PlayStation Plus pada bulan ini bagi pelanggan PlayStation Plus Extra dan juga Deluxe. Berlainan dengan tawaran bulanan, permainan yang disertakan di dalam katalog ini tidak perlu ditebus dan boleh dimainkan tanpa bayaran tambahan selagi ia ditawarkan dan langganan anda aktif.

Berikut adalah permainan yang akan disertakan di dalam katalog PlayStation Plus;

  • WWE 2K22
  • Far Cry 5
  • Far Cry New Dawn
  • Far Cry Primal
  • Mortal Shell
  • Judgment
  • Yakuza: Like a Dragon
  • Yakuza 6: The Song of Life
  • Middle-Earth: Shadow of Mordor
  • Middle-Earth: Shadow of War
  • The Pedestrian
  • Evil Genius 2
  • Adventure Time Pirates of the Enchiridion
  • Ben 10: Power Trip
  • Gigantosaurus The Game
  • Pillars of Eternity II: Deadfire – Ultimate Edition
  • Worms W.M.D
  • The Escapists 2

Bagi pelanggan PlayStation Deluxe, mereka juga akan mendapat permainan-permainan di bawah kategori PlayStation Classic dan berikut adalah permainan-permainan yang disertakan pada bulan ini;

  • Ridge Racer 2
  • Heavenly Sword
  • Oddworld: Abe’s Exoddus
  • Pinball Heroes

Kesemua permainan ini akan disertakan di dalam katalog bermula pada 20 Disember 2022 kecuali WWE 2K22 yang akan disertakan bermula pada 3 Januari 2023.

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

PlayStation juga telah mengumumkan pakej langganan baharu untuk PS Plus dengan menyertakan tahap tambahan iaitu Extra dan Deluxe yang sudah bermula pada 28 Mei 2022 lepas.

Sohor Kini