Square Enix telah berkongsi treler baharu untuk Octopath Traveler II yang memperlihatkan dua daripada lapan watak utama yang akan tiba di dalam permainan ini. Di samping itu, ia juga memperlihatkan sistem Job yang ditambah baik.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Dua watak yang diperlihatkan adalah Throné iaitu yang mempunyai Job ataupun kelas “Thief”, dia mempunyai kebolehan untuk mencuri barangan dari NPC dan juga boleh melakukan serangan mengejut. Di dalam pertempuran, dia mempunyai kebolehan untuk mempertingkatkan kekuatan rakan sepasukan pada waktu malam dan juga bergerak lebih dari sekali di dalam pusingan yang sama.

Watak seterusnya adalah Temenos yang merupakan Job ataupun kelas “Cleric”, dia mempunyai kebolehan untuk mengajak NPC dan juga mendapatkan informasi dari mereka secara paksa. Di dalam pertempuran, dia mempunyai kebolehan untuk melemahkan kesemua penjahat pada waktu malam dan juga mengurangkan perisai mereka.

Treler juga memperlihatkan sistem Job yang ditambah baik, seperti permainan lepas, setiap watak boleh mempunyai Job kedua, namun kali ini, setiap watak boleh mempunyai Job kedua yang sama.

Octopath Traveler II akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch dan PC melalui Steam pada 24 Februari 2023.

Sohor Kini