Henry Cavill hari ini telah membuat kejutan apabila mengumumkan yang beliau tidak lagi akan kembali sebagai Superman walaupun mengumumkan akan kembali pada bulan Oktober lepas. Pengumuman ini dilakukan selepas perbincangan dengan James Gunn yang merupakan ketua baharu untuk DC Films.

Melalui ciapan di Twitter, James Gunn mengatakan yang mereka ingin hadir dengan filem Superman yang masih di peringkat awal, oleh itu Henry Cavill tidak lagi sesuai. Namun, mengatakan yang beliau masih berminat untuk bekerja dengan Henry Cavill di projek akan datang. Beliau juga mengesahkan akan menulis untuk filem Superman baharu ini.

Selain itu, beliau juga mengatakan yang telah berjumpa dengan Ben Affleck dan mengatakan Ben Affleck berminat untuk mengarah dan dia sendiri juga ingin Ben Affleck untuk mengarah, mereka hanya perlu mencari projek yang bersesuaian.

James Gunn juga mengatakan yang maklumat lanjut mengenai kandungan DC akan dikongsikan pada awal tahun hadapan.

Sohor Kini