Rasmi: Prime Video Tempah Siri Aksi Nyata God of War

Pada bulan Mac lepas, telah dilaporkan yang Amazon melalui perkhidmatan Prime Video mereka di dalam perbincangan dengan PlayStation Productions untuk mendapatkan hak bagi siri berdasarkan permainan God of War oleh Santa Monica Studio.

Hari ini, Prime Video telah mengumumkan secara rasmi yang mereka telah menempah siri tersebut dan akan memulakan pembangunan. Pengumuman lanjut masih tidak dilakukan, akan tetapi berdasarkan laporan sebelum ini, siri ini akan dihasilkan oleh Mark Fergus dan Hawk Ostby iaitu pencipta siri The Expense.

Dengan Prime Video berkongsi gambar Kratos bersama dengan Atreus berkemungkinan besar siri ini memfokuskan kepada mereka berdua, dan bukan mengenai Kratos ketika di dunia mitos Yunani.

Sohor Kini