Sejak pada 3 Disember yang lepas, PUBG Mobile telah menganjurkan PUBG Mobile Gila Bola Mamak Invasion dengan mereka mengunjungi kedai-kedai makan di sekitar Kedah, Penang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, KL dan juga Selangor untuk menganjurkan pelbagai aktiviti sambil menonton perlawanan Piala Dunia.

Acara ini akan memasuki kemuncaknya pada 18 Disember ini dengan perlawanan Akhir akan berlangsung. Oleh itu, mereka akan mengunjungi lokasi berikut untuk acara ini;

  • NZ Curry House, Wangsa Maju
  • Piccadilly, Petaling Jaya
  • Original Kayu Nasi Kandar, SS2
  • Paddock, Kelana Jaya

Anda boleh hadir untuk berpeluang mendapatkan baucar makanan bernilai RM10, ia adalah terhad kepada 50 pengunjung terawal dan perlu memuat gambar ke media sosial. Selain itu, pengunjung juga boleh menyertai ‘Play and Win’ untuk mendapatkan bola sepak PUBG Mobile, Tshirt dan pelbagai barangan lain. Lima pemenang bertuah juga akan berpeluang untuk mendapatkan jersi bola sepak pasukan Argentina.

PUBG Mobile dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini