CD Projekt Red akhirnya mengeluarkan kemaskini terbaru untuk permainan The Witcher 3: Wild Hunt mereka yang membawa penambah-baikkan dari segi prestasi dan juga grafik. Ia juga adalah kemaskini untuk versi khusus bagi konsol generasi terkini iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series.

Kemaskini ini sudah boleh dimuat turun secara percuma bagi yang memiliki permainan ini di mana-mana platform iaitu PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.

Berikut adalah antara pembaharuan yang di bawah, visual yang dipertingkatkan seperti sokongan Ray Tracing dan DLSS 3. Ia juga akan menyertakan mod foto bersama dengan pilihan-pilihan kamera yang berbeza mengikut aktiviti.

Mereka juga mengatakan yang beberapa mod popular untuk permainan tersebut akan disertakan secara terus di dalam versi ini bersama dengan membaiki masalah-masalah untuk Quest seperti Ofier’s Distant Shores, dan Scavenger Hunt: Wolf School Gear.

Ia juga akan menyokong fungsi rentas kemajuan dengan anda boleh bermain The Witcher 3 di mana-mana platform dan menyambungnya di platform yang lain.

Sohor Kini