Dengan kita sudah menghampiri pengakhiran untuk tahun 2022, seperti biasa terdapat pelbagai rangkuman aktiviti anda sepanjang tahun yang dikongsi oleh penyedia-penyedia perkhidmatan, dan hari ini ia adalah PlayStation melalui “2022 Wrap-Up” mereka.

Sebagaimana untuk Wrap-Up tahun lepas, cara untuk mendapatkan laporan, anda hanya perlu layari laman PlayStation Wrap-Up dan log masuk akaun PlayStation utama anda. Berikut adalah antara laporan aktiviti yang dikongsi;

  • Jumlah keseluruhan permainan anda main
  • Jumlah jam anda luangkan masa bermain
  • Jumlah hari yang anda luangkan masa bermain
  • Hari dengan aktiviti tertinggi
  • Jumlah trofi dan pecahan mengikut kategori
  • Laporan aktiviti untuk PS5
  • Jumlah permainan PS Plus yang anda tebus.

Sebagai tanda penghargaan, mereka juga menyediakan avatar khas yang anda boleh dapatkan di bahagian terakhir laporan aktiviti.

Sohor Kini