Diablo Immortal Menerima Kandungan Baharu Minggu Ini

Blizzard telah mengumumkan yang kandungan baharu untuk Diablo Immortal akan dikeluarkan melalui kemaskini pada 14 Disember 2022. Antara yang disertakan adalah kawasan, boss dan juga Legendary Gems baharu.

Mereka berkongsi mengenai penambahan ini melalui video bersama pembangun yang anda boleh tonton di bawah.

Kawasan baharu yang disertakan adalah Stormpoint iaitu pulau yang digunakan oleh Westmarch sebagai penjara dan juga tempat kepada Worldstone yang terbesar. Bagi boss yang pemain boleh lawan pula adalah Ophinneb the Skin-Veiled, Dymdrail, Crawling Woe, Catarag the Strangling Sun, Apothrus, Tamer of the Fallen, dan Phangwrth, Warmth-Feaster.

Pemain juga boleh dapatkan lima Legendary Gems baharu yang akan dikeluarkan bersama Battle Pass untuk musim ke-8. Diablo Immortal sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini