Netflix dan adaptasi siri dan filem anime dan manga berpisah tiada. Selepas mengadaptasi siri dan filem-filem anime seperti Cowboy Bebop, Death Note dan Bleach, dan siri aksi nyata One Piece yang akan datang, mereka mengesahkan bahawa ada satu lagi filem adaptasi yang akan dibangunkan mereka.

Siri anime tersebut ialah My Hero Academia, siri anime dan manga mengenai kanak-kanak dengan kuasa terpendam yang pergi ke sekolah untuk berlatih menjadi adiwira yang disanjungi.

Netflix dan Legendary Entertainment akan bergabung tenaga untuk membangunkan filem ini, dimana Legendary akan menerbitkan filem ini dibawah Mary Parent dan Alex Garcia.

Buat masa ini, butiran lanjut seperti nama pengarah, pelakon dan bilakah penggambaran akan bermula tidak diketahui lagi.

Sumber: Netflix

Sohor Kini