Epic Games telah mengumumkan acara kolaborasi bersama dengan pencipta kandungan terkenal iaitu MrBeast. Melalui acara ini, mereka akan menganjurkan pertandingan “MrBeast’s Extremer Survival Challenge yang menawarkan hadiah sehingga $1 juta, “MrBeast’s Extreme Survival Quest” dan juga kostum dirinya sendiri.

Bermula pada 14 Disember, pulau yang akan menjadi medan untuk MrBeast’s Extreme Survival Challenge akan mula boleh diakses. Pulau ini akan menyertakan pelbagai cabaran dan juga coins untuk dikumpul. Pemain yang melalui cabaran dan mengumpul coins ini akan mendapat “Score”.

Pertandingan ini akan bermula secara rasmi pada 1 Pagi sehingga 4 Pagi pada 18 Disember, pada masa ini pemain boleh mencuba berulang-ulang kali untuk mendapat Score tertinggi. Pemain yang mendapat score tertinggi di antara semua akan memenangi $1 juta. Manakala 100 ribu pemain terbaik akan mendapat Beast Brella Umbrella.

Manakala MrBeast’s Extreme Survival Quests pula akan dibuka apabila pulau tersebut mula boleh diakses dan pemain boleh melakukan pelbagai cabaran utnuk mendapatkan penyembur MrBeast Gaming dan juga skrin pemuat MrBeast Survival Games.

Jika ingin menjadi MrBeast di dalam Fortnite, bermula pada 15 Disember, pemain juga boleh dapatkan kostum MrBeast dan juga MrBeast6000 di kedai di dalam permainan. Ia boleh didapatkan bersama dengan Beast Blastin’ Emote.

Fortnite sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini