Black Adam Memasuki HBO Go Minggu Ini

HBO Go hari ini telah mengumumkan yang filem Black Adam akan mula disiarkan di perkhidmatan tersebut pada 16 Disember 2022. Black Adam mula ditayangkan di pawagam pada 21 Oktober dengan mendapat kutipan sebanyak RM10 juta untuk seminggu pertama di Malaysia.

Di dalam filem ini Black Adam lakonan Dwayne Johnson kembali Kahndaq dengan harapan untuk menjadi penyelamat akan tetapi orang ramai mula menyedari yang dia bukanlah seorang adiwira tetapi seorang yang ganas dan tidak berperikemanusiaan.

Antara barisan pelakon adalah Aldis Hodgesebagai Hawkman, Noah Centineo sebagai Atom Smasher, Quintessa Swindell sebagai Cyclone, Mohammed Amer, Bodhi Sabongui, dan Pierce Brosnan sebagai Doctor Fate bersama dengan Sarah Shahi, dan Marwan Kenzari.

Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Black Adam – Filem DC Yang Nampak Gah, Tapi Hanya Ala Kadar.

Sohor Kini