Ascendant Studios merupakan studio yang ditubuhkan oleh Bret Robbins yang sebelum ini pernah menjadi Pengarah Kreatif untuk Dead Space dan juga kempen bagi Call of Duty telah mengumumkan permainan sulung mereka iaitu Immortals of Aveum.

Immortals of Aveum adalah permainan solo menembak first-person menggunakan magis. Ia akan menawarkan pengalaman penceritaan dengan kempen sinematik. Permainan ini akan diterbitkan oleh EA Originals.

Buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran selain daripada sekitar tahun 2023 dan ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini