EA Originals dan Koei Tecmo ketika The Game Awards telah berkongsi treler baharu untuk permainan memburu raksasa mereka Wild Hearts. Treler ini memperlihatkan beberapa raksasa ataupun Kemono yang akan diburu oleh pemain di dalam permainan ini.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Tiga kemono yang diperlihatakn adalah Deathstalker iaitu seekor serigala, Amaterasu yang merupakan seekor helang dan juga Golden Tempest iaitu seekor harimau. Sebagai kemono mereka mempunyai saiz yang besar dan juga mempunyai elemen lain tersendiri.

Wild Hearts dan akan dikeluarkan pada 17 Februari 2023 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini