Transformers: Reactivate Diumumkan Untuk Konsol Dan PC

Splash Damage ketika acara The Game Awards telah mengumumkan permainan baharu mereka iaitu Transformers: Reactivate iaitu permainan aksi mutli-pemain sehingga 4 pemain akan dilancarkan untuk konsol dan juga PC.

Sebagai satu permainan Transformers pemain boleh bermain sebagai beberapa Transformers terkenal dan boleh berubah bentuk sebagai kenderaan ataupun robot di dalam perjuangan untuk melawan The Legion.

Melalui kenyataan akhbar, Splash Damage mengatakan yang permainan ini sedang dibangunkan bersama dengan Bulkhead iaitu studio yang baru diambil-alih sebelum ini. Permainan ini akan melibatkan lebih 500 pembangun dari kedua-dua studio.

Splash Damage sebelum ini membangunkan permainan seperti Dirty Bomb, Gears Tactics, dan Wolfenstein: Enemy Territory.

Buat masa ini tarikh pelancaran masih tidak diumumkan, akan tetapi mereka mengatakan sesi beta tertutup akan tiba sekitar tahun 2023. Pemain boleh mendaftar sekarang di www.playTFR.com untuk maklumat terkini.

Sohor Kini