Housemarque dan PlayStation Studios telah mengumumkan yang Returnal iaitu permainan roguelite yang dikeluarkan untuk PlayStation 5 pada tahun lepas akan dikeluarkan untuk PC sekitar tahun 2023. Pengumuman ini dilakukan ketika The Game Awards.
Mereka juga mengatakan yang versi PC ini akan dibangunkan dengan kerjasama bersama Climax Studios dan akan menyertakan pelbagai penambah-baikkan untuk menyokong kelebihan yang akan ditawarkan di PC.
Buat masa ini mereka tidak mengumumkan tarikh pelancaran, akan tetapi mengatakan yang maklumat lanjut akan dikongsi pada awal tahun 2023. Sebelum itu, anda boleh baca ulasan kami untuk versi PS5 di pautan ini; Ulasan Returnal – Mati Untuk Hidup, Hidup Untuk Mati.