Dragon Quest Treasures Dilancarkan Untuk Nintendo Switch

Square Enix akhirnya melancarkan permainan sampingan baharu untuk siri Dragon Quest iaitu Dragon Quest Treasures di Nintendo Switch. Di dalam permainan ini ia memfokuskan kepada watak Erik dan Mia dari Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age ketika mereka masih kecil.

Mereka mengembara untuk mencari 7 Dragonstones dan akan disertai oleh dua rakan iaitu Purrsula dan Porcus. Dragon Quest Treasures adalah permainan Aksi RPG berbanding pertempuran mengikut turutan, ia menyertakan pertempuran secara terus.

Bersempena dengan pelancaran ini mereka juga telah berkongsi treler pelancaran yang anda boleh tonton di bawah. Ia ditawarkan dengan harga $59.99 di Nintendo eShop.

Sohor Kini