Seperti yang diumumkan pada bulan Jun lepas ketika Xbox & Bethesda Showcase, permainan-permainan Riot Games akan disertakan di dalam Xbox Game Pass. Permainan-permainan yang akan tiba adalah Valorant, League of Legends, Legends of Runeterra, Teamfight Tactics, dan League of Legends: Wild Rift.

Dengan kesemua permainan tersebut secara sendirinya adalah permainan percuma, kelebihan yang akan diberikan kepada pelanggan Xbox Game Pass dan juga PC Game Pass adalah seperti berikut;

  • Valorant
    • Akses kepada semua Agent termasuk juga yang akan datang
    • 20% Match XP tambahan
  • League of Legends
    • Akses kepada semua Champions termasuk juga yang akan datang
    • 20% XP tambahan
  • Legends of Runeterra
    • Kesemua kad di dalam set Foundation
  • League of Legends: Wild Rift
    • Akses kepada semua Champions termasuk juga yang akan datang
    • 20% XP tambahan
  • Teamfight Tactics
    • Little Legends Tacticians (x1)
    • Kostum Arena

Apabila ia ditawarkan tidak lama lagi, arahan untuk menyambungkan akaun Riot Games anda dan juga Xbox Game Pass akan dinyatakan untuk memberi akses kepada kelebihan-kelebihan ini.

Sohor Kini