Sebelum ini, Nizam Abdul Razak iaitu Pengasas dan juga Pengarah Urusan untuk Animonsta Studios telah mengatakan yang mereka menyasarkan kutipan sebanyak RM30 juta untuk Mechamato Movie dan boleh dikatakan ia bermula dengan langkah kanan.

Selepas sehari tayangan untuk filem tersebut, ia telah membuat kutipan sebanyak RM1.1 Juta dan dengan ia masih tidak memasuki hujung minggu, kita boleh jangkakan yang kutipan akan lebih tinggi apabila penonton menonton pada hari Sabtu dan Ahad ini.

Filem terakhir oleh Animonsta Studios adalah Boboiboy Movie 2 yang mencatat kutipan sebanyak RM30 juta, oleh itu diharapkan yang filem ini akan membuat kutipan lebih tinggi terutama dengan penerimaan yang lebih baik oleh penonton tempatan untuk filem-filem animasi Malaysia.

Nizam juga mengatakan yang mereka memilih untuk memulakan tayangan filem ini semasa cuti sekolah juga berharap serba sedikit dapat membantu lagi kutipan untuknya. Jika anda ingin membaca ulasan kami untuk filem ini anda boleh baca di pautan berikut; Ulasan Mechamato Movie – Penuh Aksi, Penuh Isi.

Sohor Kini