CD Projekt Red ketika The Game Awards telah berkongsi treler baharu untuk penambahan bagi Cyberpunk 2077 iaitu Phantom Liberty. Di dalam treler tersebut diperkenalkan watak baharu iaitu Solomon Reed yang dibawa oleh Idris Elba.
Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.
Solomon Reed merupakan FIA Agent, pemain dan Johnny Silverhand akan bersama dengan Solomon Reed untuk melakukan satu perisikan. Penambahan ini juga akan membawa pemain ke satu kawasan baharu di Night City.
Phantom Liberty akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC pada tahun 2023.