Ghost Story Games ketika The Game Awards hari ini akhirnya mengumumkan dan juga memperlihatkan permainan sulung mereka iaitu Judas. Menurut pembangun, Judas di dalam permainan ini cuba melarikan diri daripada satu kapal angkasa. Bagi melakukannya, Judas perlu bersama dengan juga melawan dengan pelbagai penjahat.

Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

Ghost Story Games merupakan studio yang ditubuhkan oleh Ken Levine iaitu pencipta untuk siri BioShock selepas penutupan Irrational Games iaitu studio lama Ken Veline dan juga pembangun untuk BioShock. Berdasarkan treler, Judas masih lagi mengekalkan gaya dan tatamain seperti Bioshock.

Tarikh pelancaran untuknya masih tidak diumumkan lagi walaupun sudah memasuki tahun ke-8 pembangunan. Menurut laporan sebelum ini, ia dijangka akan tiba sekitar tahun 2023 atau 2024 selepas beberapa kali mengalami masalah dan perlu melakukan pembangunan semula.

Ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini