Bandai Namco bersama dengan pembangun FromSoftware ketika The Game Awards telah mengumumkan yang permainan seterusnya bagi siri Armored Core iaitu Armored VI Fires of Rubicon akan dikeluarkan pada tahun 202 untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, dan PC.

Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

Armored Core adalah permainan mecha menembak third person yang dibangunkan oleh FromSoftware sejak tahun 1997. Permainan terakhir untuk siri ini adalah Armored Core: Verdict Day yang dikeluarkan pada tahun 2013, ia adalah permainan tambahan untuk Armored Core V yang dikeluarkan setahun sebelumnya.

Sohor Kini