Guerilla Games ketika The Game Awards telah mengumumkan DLC penambahan untuk permainan Horizon Forbidden West iaitu Burning Shore yang akan dikeluarkan pada 19 April 2023.
Bersama dengan pengumuman ini mereka juga telah berkongsi treler pelancaran yang anda boleh tonton di bawah.
Berdasarkan treler tersebut, pemain akan dibawa ke kawasan baharu iaitu Los Angeles ataupun Hollywood. Permainan asal sebelum ini membawa pemain ke kawasan San Francisco oleh itu tidak mengejutkan DLC membawa pemain ke Los Angeles yang boleh dikatakan sebagai kawasan jiran.