Hades 2 Diumumkan Secara Rasmi – Tiba Sebagai Akses Awal Tahun Depan

Supergiant Games ketika acara The Game Awards hari ini telah mengumumkan permainan susulan untuk Hades iaitu Hades 2 yang akan dikeluarkan secara akses awal pada tahun depan. Mereka juga berkongsi treler pengumuman di bawah.

Hades 2 akan berlaku selepas kejadian di dalam permainan pertama dan menurut Supergiant Games dan akan memfokuskan kepada watak Melinoe. Menurut mitos Yunani, Melinoe adalah anak kepada Zeus bersama dengan Persephone sama seperti Zagreus dari permainan pertama.

Namun, di dalam permainan ini Zagreus adalah anak kepada Hades bersama dengan Persephone, dan Supergiant Games juga mengatakan yang Melinoe adalah adik kepada Zagreus oleh itu berkemungkinan Melinoe juga adalah anak kepada Hades berbanding Zeus.

Sohor Kini