Epic Games hari ini mula memperkenalkan jenis akaun baharu untuk pemain bawah umur iaitu “Cabined Account”. Akaun ini akan memberikan akses kepada pemain untuk bermain permainan-permainan mereka tetapi dengan pengalaman yang lebih selamat semasa bermain Fortnite.

Bermula hari ini, semua pemain akan menerima permintaan untuk menyertakan umur mereka dan jika anda bawah umur, akaun anda akan menjadi akaun baharu ini dan akan memerlukan untuk menyertakan alamat emel ibu bapa ataupun penjaga.

Cabined Account masih lagi membolehkan pemain untuk bermain tanpa sebarang masalah, akan tetapi sebelum dapat mengakses fungsi tertentu seperti pembelian di dalam permainan, ibu bapa atau penjaga perlu terlebih dahulu membuka “Parental Controls” sebelum akaun kanak-kanak tersebut menjadi akaun biasa.

Anda boleh baca lanjut mengenai perkara ini di FAQ untuknya di pautan ini.

Fortnite sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini