Crossfire: Legion Meninggalkan Akses Awal, Dilancarkan Secara Rasmi

Prime Matter bersama dengan pembangun Smilegate telah mengumumkan yang Crossfire: Legion iaitu permainan strategi masa nyata meninggalkan akses awal bermula hari ini dan dikeluarkan secara rasmi di Steam. Ia sebelum ini memasuki akses awal pada bulan Mei lepas.

Versi 1.0 ini akan menyertakan penambah-baikkan kepada semua mod iaitu kempen, koperasi dan juga sesi permainan secara kompetitif. Di mana bagi kempen ia menyertakan 15 misi yang boleh dimainkan secara solo.

Selain itu terdapat juga mod seperti Classic Versus, Paylod, Operation Thunderstrike, Operation Northside, Brawl dan Battleline. Ia juga mempunyai Level Editor yang mempunyai integrasi dengan Steam Workshop.

Bersama dengan pelancaran ini, pemain yang berminat boleh juga mencuba Crossfire: Legion secara percuma sepanjang hujung minggu ini.

Sohor Kini