EA dan Respawn Entertainment telah mengumumkan yang acara masa terhad seterusnya untuk permainan battle royale mereka Apex Legends adalah Wintertide Collection yang telah bermula dan akan berlangsung sehingga 28 Disember 2022.

Mereka juga berkongsi treler untuknya yang anda boleh tonton di bawah.

Antara yang disertakan ketika acara ini adalah Winter Express iaitu mod masa terhad di mana pemain akan bertempur untuk merampas kereta api Winter Express yang akan bergerak di sekitar World’s Edge. Pemain juga berpeluang untuk mendapat pelbagai barangan kosmestik khusus bagi acara ini, termasuk juga melalui Reward Tracker dan juga kedai di dalam permainan.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini