Apple Arcade pada Jumaat lepas telah menambah permainan Dead Cells+ di dalam tawaran mereka. Dead Cells adalah permainan rogue-like metroidvania yang dibangunkan oleh Motion Twin dan diterbitkan oleh PlayDigious, ia sudah dikeluarkan sejak tahun 2018 lagi, dan kini boleh dimainkan secara percuma bagi pelanggan Apple Arcade.

Selain itu, mereka juga mengumumkan dua permainan Arcade Originals iaitu JellyCard Worlds oleh Walaber Entertainment yang akan dikeluarkan pada 9 Disember ini, ia adalah permainan platformer berdasarkan JellyCar.

Manakala pada 16 Disember, Apple Arcade juga akan menerima My Little Pony: Mane Merge oleh Gameloft yang merupakan permainan tekaria berdasarkan watak popular iaitu My Little Pony.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM29.90 untuk pelan individu dan RM39.90 untuk pelan keluarga.

Sohor Kini