Dead Island 2 Menyokong Kawalan Menggunakan Alexa

Seperti diumumkan sebelum ini, Deep Silver akhirnya berkongsi lanjut mengenai Dead Island 2 di mana mereka telah berkongsi treler baharu dan juga maklumat lanjut mengenai sesi pra-tempahan bagi permainan tersebut.

Anda boleh tonton treler baharu di bawah.

Antara yang diperlihatkan adalah pelbagai senjata yang boleh digunakan di dalam permainan ini, tidak kira senjata melee, pistol dan setiap daripadanya juga boleh diubah suai dengan tambahan fungsi yang berlainan.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang Dead Island 2 akan menyokong kawalan menggunakan suara melalui penggunaan Alexa iaitu teknologi pembantu maya oleh Amazon. Melaluinya pemain boleh menukar senjata ataupun memanggil zombi menggunakan suara. Ia akan menyokong Xbox dan PC tetapi di US, Kanada dan UK sahaja.

Mereka juga telah mengumumkan sesi pra-tempahan dibuka termasuk juga untuk edisi terhad Edisi Hell-A yang akan menyertakan pelbagai barangan termasuk juga pas penambahan. Setiap pra-tempahan akan menerima Memories of Banoi Pack.

Dead Island 2 akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, dan PC pada 28 April 2023.

Sohor Kini