HandyGames bersama dengan pembangun ITEM42 telah mengumumkan yang permainan FPS mitologi klasik mereka iaitu Perish akan dikeluarkan pada 2 Februari 2023 untuk PC dan akan ditawarkan di gedung-gedung permainan utama seperti Steam, Epic Games Store dan juga GOG.

Permainan ini menyertakan sesi permainan secara solo dan juga koperasi di dalam talian sehingga 4 pemain, jika ingin membunuh pelbagai makhluk mitologi bersama rakan. Ia akan menyertakan lebih 10 senjata yang boleh dipertingkatkan dengan pelbagai kuasa yang unik.

Harga untuk pasaran tempatan masih tidak dinyatakan lagi, akan tetapi boleh dianggarkan Perish akan berharga lebih kurang RM90.

Sohor Kini