Skip to main content

Phil Spencer iaitu Ketua XBOX telah mengumumkan yang Microsoft telah menjanjikan komitmen selama 10 tahun untuk membawa permainan Call of Duty ke Nintendo Switch, jika pengambil-alihan Activision Blizzard selesai.

Selain itu, beliau juga mengatakan yang akan terus mengeluarkan Call of Duty di Steam bersama dengan di Xbox Store. Melalui temubual bersama dengan Washington Post, mereka juga mengatakan yang ingin mengeluarkan Call of Duty di PlayStation, Xbox, Nintendo Switch dan juga PC secara serentak.

Perjanjian untuk Nintendo Switch juga memfokuskan kepada permainan akan datang Call of Duty, permainan sedia ada buat masa ini tidak disahkan lagi akan dikeluarkan untuk konsol mudah-alih tersebu ataupun tidak.

Pengambil-alihan Activision Blizzard buat masa ini masih tidak menerima kelulusan daripada Federal Trade Commission dengan masalah utama yang dibangkitkan adalah Microsoft akan menggunakan pengambil-alihan ini untuk mengeluarkan permainan-permainan Activision seperti Call of Duty di platform mereka sahaja iaitu Xbox dan PC.

Namun, Microsoft melalui Phil Spencer terus menegaskan yang sasaran utama mereka adalah ingin menawarkan permainan di kebanyakan platform yang ada.

Leave a Reply