Valorant Menerima Mod Swiftplay – Sesi Permainan Lebih Pendek

Riot Games telah memperkenalkan mod baharu untuk Valorant iaitu Swiftplay yang merupakan mod permainan lebih pendek di mana, setiap sesi pasukan perlu memenangi 5 pusingan sahaja untuk memenangi perlawanan tersebut, dengan separuh sesi adalah 4 pusingan.

Selain itu, ia juga menyertakan sistem ekonomi yang diubah bersesuaian dengan sesi yang lebih pendek. Mod ini adalah khusus untuk sesi unrated bagi pemain yang tidak mempunyai masa yang lama untuk bermain.

Mod ini sudah dikeluarkan sebagai beta dengan pemain boleh mencubannya sehingga 10 Januari 2023 dan mungkin akan disertakan secara sepenuhnya kemudian.

Valorant sudah dikeluarkan untuk PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini