Blizzard hari ini telah melancarkan penambahan terbaru untuk permainan kad digital mereka Heartstone iaitu March of the Lich King yang akan menyertakan 203 kad baharu iaitu 145 untuk kad bagi penambahan baharu dan selebihnya adalah kad yang diberikan kepada semua untuk kelas baharu iaitu Death Knight.

Selain itu, mereka juga memperkenalkan dua jenis minion yang baharu iaitu Undead dan Dual-Type, dengan beberapa keyword akan memfokuskan kepada jenis minion undead, bagi Dual-Type satu minion sekarang boleh mempunyai dua jenis contohnya ‘Undead Beast’ ataupun ‘Undead Dragon’.

Manakala keyword baharu adalah Manathirst iaitu kad yang mempunyai keyword ini akan mendapat tambahan kuasa apabila mencapai sejumlah mana yang tertentu dan keyword Reborn juga akan kembali dan kali ini akan menjadi keyword yang kekal.

Bersempena dengan pelancaran penambahan baharu ini, pemain juga akan diberikan pelbagai ganjaran dengan log masuk dan juga melakukan cabaran tertentu. Setiap pemain akan diberikan kad Legendary percuma iaitu The Sunwell.

Hearthstone sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini