Bong Joon-Ho telah menjadi pengarah dan pencipta filem sebutan ramai apabila filem beliau Parasite bukan sahaja menerima sambutan yang baik di Korean Selatan tetapi seluruh dunia, termasuk juga telah memenangi beberapa kategori di Oscar.

Oleh itu filem seterusnya oleh beliau dinanti-nantikan ramai. Seperti diumumkan sebelum ini, projek seterusnya oleh Bong Joon Ho adalah Mickey 17 iaitu filem cereka sains yang merupakan adapatasi kepada novel Mickey7 karya Edward Ashton.

Hari ini, Warner Bros Pictures telah mengumumkan yang filem tersebut akan ditayangkan pada 29 Mac 2024, dan mereka juga berkongsi video pendek yang memperlihatkan Robert Pattinson. Selain itu, filem ini juga akan melibat Naomi Ackie, Steven Yeun, Toni Collette, Mark Ruffalo dan Holliday Grainger.

Sohor Kini