Skip to main content

Yes iaitu salah satu syarikat telekomunikasi di Malaysia melalui laman mereka telah membuka pendaftaran minat untuk perkhidmatan GeForce Now iaitu perkhidmatan bermain permainan video secara awan oleh NVIDIA.

GeForce Now buat masa ini tidak ditawarkan secara rasmi di Malaysia dan melalui pendaftaran minat, ia mungkin menandakan yang perkhidmatan ini akan ditawarkan tidak lama lagi.

Buat masa ini mereka tidak mengumumkan sebarang tarikh pelancaran, tetapi anda boleh mengunjungi laman ini untuk mendaftar minat.

Perkhidmatan ini membolehkan anda bermain permainan PC menggunakan pelayan NVIDIA yang menjanjikan prestasi sebaik PC-PC dengan spesifikasi tinggi di pelbagai platform berbeza termasuk juga di telefon pintar.

Berbeza dengan perkhidmatan seperti Stadia, GeForce Now membolehkan anda bermain permainan yang sudah dibeli di PC, dan tidak perlu membeli secara berasingan.

Dilaporkan terlebih dahulu oleh Lowyat.

Leave a Reply