God of War Ragnarok Kini Menerima Mod Foto

Melalui kemaskini terbaru untuk permainan God of War Ragnarok, Santa Monica Studio akhirnya membawa mod foto bagi permainan tersebut membolehkan pemain untuk mengambil gambar Midgard dan pelbagai dunia lain dengan lebih mudah.

Mod foto ini juga membolehkan pemain untuk meletakkan ekspresi bagi watak-watak berikut; Kratos, Atreus, Freya, Brok, Sindri, Tyr, Angrboda, Thor dan juga Thrud. Pemain juga boleh menyorokkan mana-mana watak jika ingin gambar persekitaran.

Seperti mod-mod foto yang menjadi kebiasaan di dalam permainan video, pemain juga boleh menghias menggunakan pelbagai penuras dan juga meletakkan hiasan bingkai. Anda boleh muat turun kemaskini terbaru untuk menggunakan mod foto ini.

God of War Ragnarok sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5. Anda boleh baca ulasan kami di pautan berikut; Ulasan God of War: Ragnarok – Permainan Epik Penuh Jiwa.

Sohor Kini