THQ Nordic bersama dengan pembangun Black Sea Games hari ini telah melancarkan permainan strategi mereka iaitu Knights of Honor II: Sovereign. Ia dikeluarkan untuk PC dan boleh didapatkan dengan potongan harga sehingga 12% bersempena dengan pelancaran dalam masa beberapa jam lagi.

Bersama dengan pelancaran ini, mereka juga telah berkongsi video tatamain yang dimainkan oleh pembangun sendiri. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Video tersebut adalah siri yang dikeluarkan oleh mereka dan anda boleh tonton episod seterusnya di saluran Youtube mereka. Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi raja di benua eropah dan perlu menakluk untuk menjadi kerajaan yang paling berkuasa.

Sohor Kini