EA dan Respawn Entertainment telah mengumumkan yang Star Wars Jedi Survivor akan diperlihatkan secara lanjut ketika acara The Game Awards pada 9 Disember ini. Ia merupakan permainan susulan kepada Star Wars Jedi: The Fallen Order yang dikeluarkan pada tahun 2019.

Mereka telah mengumumkan Star Wars Jedi Survivor pada bulan Mei lepas, dan juga telah berkongsi treler acah yang anda boleh tonton di bawah.

Tarikh pelancaran untuknya dijangka akan diumumkan semasa acara tersebut, namun berdasarkan penyenaraian di Steam yang telah dipadamkan, ia dijangka akan tiba pada 15 Mac 2023. Ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC

Sohor Kini