CDPR Tidak Lagi Menyokong Gwent Pada Tahun 2024

CD Projekt Red telah mengumumkan yang sokongan permainan kad digital mereka iaitu Gwent akan dihentikan selepas tahun 2023 dengan kebanyakan pembangun yang terlibat dengan permainan ini akan dipindahkan ke projek yang lain.

Sepanjang tahun 2023, ia masih lagi akan menerima 72 kad baharu yang akan dikeluarkan secara berperingkat pada bulan April, Julai dan juga September 2023. Dua kejohanan esukan juga akan dianjurkan pada tahun depan.

Manakala pada tahun 2024 dan ke depan, permainan ini akan disokong oleh komuniti melalui “Project Gwentfinity” dan menjanjikan yang ia akan terus boleh dimainkan untuk beberapa tahun lagi. Melalui inisiatif baharu ini, pemain akan melakukan keputusan bersama untuk melakukan sebarang perubahan di dalam keseimbangan.

Gwent pada awalnya merupakan permainan mini yang disertakan di dalam The Witcher 3, sebelum ia dibangunkan sebagai permainan kendiri dan dikeluarkan pada tahun 2018. Namun, dengan penerimaan permainan kad digital secara umumnya menurun, tambahan lagi untuk permainan yang kurang popular seperti Gwent, perkara ini sudah dijangkakan.

Ini tambahan lagi dengan CDPR akan sibuk dengan pelbagai projek yang diumumkan sebelum ini.

Sohor Kini