2K dan Firaxis Games telah melancarkan permainan terbaru mereka iaitu Marvel’s Midnight Suns. Hadir dari pembangun siri permainan strategi seperti XCOM, Midnight Suns membawa tatamain tersebut ke dalam dunia adiwira Marvel.

Ia dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC dengan versi untuk PlayStation 4, Xbox One dan juga Nintendo Switch akan dikeluarkan kemudian.

Di dalam permainan ini, pemain akan mencipta watak tersendiri yang dinamakan sebagai The Hunter, yang akan mengetuai sebilangan adiwira Marvel untuk melawan kuasa jahat Lilith. Berikut adalah antara adiwira daripada 13 yang akan tiba di dalam permainan ini Iron Man, Captain America, Captain Marvel, Doctor Strange, Blade, Nico Minoru, Magik, Robbie Reyes/Ghost Rider, dan Wolverine

Menurut Firaxis Games, Midnight Suns tidak akan berkongsi satu pun mekanik daripada XCOM selain daripada ia adalah permainan strategi dan mengikut turutan. Antaranya adalah cara meningkatkan tahap adalah sedikit berbeza, di mana pemain boleh berinteraksi dengan adiwira-adiwira ini semasa berada di The Abbey iaitu boleh dikatakan sebagai HQ untuk mereka.

Sohor Kini