Disney+ Hotstar bersama dengan Wau Animation telah mengumumkan yang bahagian 23 untuk musim ketiga bagi siri animasi Ejen Ali akan mula disiarkan di platform penstriman tersebut. Ia adalah sambungan kepada bahagian pertama yang tiba sejak bulan Jun lagi.

Musim ini memfokuskan kisah Ejen Ali yang sudah tidak memiliki kaca mata pintar I.R.I.S, tetapi masih ingin menjadi ejen M.A.T.A yang disegani. Bahagian kedua ini akan meneruskan kisah Rizwan, Cero dan pengakhiran pertandingan di M.A.T.A Arena akan disiarkan pada Disember akan datang.

Kami sebelum ini telah mengeluarkan ulasan untuk episod 1 dan 2 bagi musim ketiga yang anda boleh baca di pautan berikut; Ulasan Ejen Ali Musim Ke-3, Episod 1-2 – Animasi Wau Yang Beri Aku Reaksi Wow!.

Sohor Kini