The Game Awards akan berlangsung pada hari Jumaat ini ataupun 9 Disember 2022, antara kelainan bagi tahun ini adalah TGV telah membuat tayangan khas untuknya yang membolehkan tonton acara tersebut secara langsung di IMAX.

Jika anda berminat, TGV telah membuka penjualan tiket untuk tayangan khas ini dengan harga RM33 dan ia mempunyai satu lokasi sahaja iaitu di Sunway Pyramid pada pukul 9 pagi. Pembelian tiket boleh dilakukan di pautan ini.

The Game Awards tahun ini kembali sebagai acara fizikal dan memperlihatkan pertempuran di antara dua permainan terbaik tahun ini iaitu God of War Ragnarok dan Elden Ring. Selain itu, terdapat juga pelbagai pengumuman permainan baharu dan juga kemaskini permainan yang sudah diumumkan.

Anda boleh lihat senarai penuh pencalonan di pautan ini.

Sohor Kini