Deep Silver dan Dambuster Studios telah mengumumkan yang mereka akan melakukan perkongsian lanjut mengenai Dead Island 2 pada 7 Disember ini melalui Twitch dan juga Prime Video.

Di dalam pengumuman ini, mereka juga mengatakan yang Dead Island 2 akan dikeluarkan pada 28 April 2023, iaitu penundaan beberapa bulan berbanding tarikh yang diumumkan sebelum ini iaitu 3 Februari 2023.

Dead Island 2 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store.

Sohor Kini