Kejohanan Piala Dunia telah bermula di Qatar, dengan ia telah memasuki Peringkat Kalah Mati. Bersempena dengan kejohanan ini, Garena juga telah menganjurkan acara masa terhad untuk permainan battle royale mereka iaitu Free Fire yang bertemakan bola sepak.

Acara masa terhad yang digelar sebagai Football Fable sudah bermula pada 2 Disember lepas dan akan terus berlangsung sehingga 18 Disember. Melaluinya, terdapat pelbagai kandungan seperti barangan kosmetik melalui Trend+ iaitu Magenta Striker.

Selain itu, pemain juga boleh bermain bola sepak melalui mod Football Squad, dan berbanding saling bunuh membunuh, pemain perlu menjaringkan gol untuk memenanginya. Pemain akan mempunyai pelbagai kemahiran dan boleh menggunakan pelbagai senjata untuk bertahan dan juga menyerang.

Manakala di mod Craftland, pemain boleh melawat peta baharu yang setiapnya mempunyai mod dan peraturan tersendiri. Pemain juga boleh menghasilkan jersi bola sepak sendiri di peta DodgeBall.

Sepanjang acara ini berlangsung, pemain juga boleh menyelesaikan misi harian untuk mendapat pelbagai ganjaran seperti Steel Striker Backpack, Fabled Netherworld Skyboard dan Tuk Tuk-Netherworld Ride.

Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini