eGG Network Anjur Kejohanan Mobile Legends Khusus Untuk Wanita

eGG Network dengan kerjasama bersama Moonton telah mengumumkan Gladiatrix Cup iaitu kejohanan esukan untuk permainan Mobile Legends: Bang Bang yang dikhususkan penyertaan untuk wanita di dalam usaha untuk memperkasakan pemain MLBB wanita di Asia Tenggara.

Kejohanan ini adalah terbuka kepada semua pemain wanita di Malaysia dan juga Singapura dan pendaftaran sudah dibuka yang akan ditutup pada 6 Disember 2022. Kejohanan ini akan bermula dengan Peringkat Kumpulan pada 8 Disember sehingga 11 Disember dan Playoff berlangsung pada 16 sehingga 18 Disember 2022.

Kejohanan ini akan sepenuhnya berlangsung secara dalam talian. Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan ini.

Gladiatrix Cup menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM20 ribu dan dua pasukan terbaik juga akan mendapat slot untuk MLBB Women’s Invitational 2023 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Sohor Kini