EA akhirnya melancarkan permainan terbaru untuk siri Need for Speed iaitu Need for Speed Unbound yang menawarkan permainan lumba kereta dengan gaya grafik yang lebih menarik. Ia dikeluarkan pada 2 Disember lepas untuk PlayStation 5, Xbox Series dan juga PC.

Need for Speed Unbound menawarkan kualiti grafik yang paling realistik di dalam siri ini, namun ia juga dihias dengan gaya seni jalanan, ini bukan sekadar hiasan kereta tetapi juga kesan-kesan perlumbaan seperti asap. Tambahan pada itu, NFS Unbound juga menyokong resolusi 4K dengan kadar kelancaran 60FPS.

Sohor Kini